Ryan Garcia mengesahkan perlawanan berdepan Manny Pacquiao, berkata ia merupakan 'impian menjadi realiti'.

Garcia (21-0) dilaporkan sedang berbincang mengenai perlawanan bertemu legenda Filipinam, Pacquiao (62-7-2).

Petinju kelahiran Amerika Syarikat itu mengesahkan perlawanan tersebut menerusi Instagram semalam.

"Impian jadi kenyatan," kata Garcia.

"Ia adalah satu kebangsaan berkongsi gelanggang bersama @mannypacquiao. Saya sentiasa menghormati setiap apa yang telah dilakukan beliau dalam dan di luar gelanggang."

A post shared by Ryan Garcia (@kingryan)



Garcia bertinju 2 Januari lalu, mengatasi Luke Campbell untuk memenangi gelaran interim WBC kategori lightweight.

Pacquiao, 42, kali terakhir beraksi Julai 2019 meraih kemenangan ke atas Keith Thurman untuk memenangi gelaran WBA welterweight.