Skuad futsal negara diletakkan bersama pasukan tuan rumah, Taiwan, dalam Kumpulan A, Kejohanan Futsal Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2018, ketika saingan hebat dijangka daripada Kumpulan B yang menempatkan Jepun dan Uzbekistan.

Dalam undian 16 pasukan terbaik yang berlangsung hari ini, Malaysia yang berada dalam balang ketiga bersama tuan rumah sambil disertai satu lagi pasukan dari Asia Tenggara, Vietnam dan juga Bahrain.

Ia memberi sedikit kelegaan kepada Malaysia apabila terlepas cabaran juara tiga kali, Jepun, yang diundi dalam Kumpulan B bersama naib juara tahun lalu, Uzbekistan, dan dilengkapkan Tajikistan dan Korea Selatan.

Juara bertahan, Iran, yang juga pemegang kejuaraan paling banyak, iaitu 11 kali, diundi dalam Kumpulan C bersama Iraq, China dan Myanmar.

Negara jiran, Thailand, mengetuai Kumpulan D, bersama Kyrzystan, Lubnan dan Jordan.

Untuk rekod, Malaysia hanya perlu memastikan slot dua teratas untuk memperbaiki rekod terbaik dalam peringkat kumpulan dalam 11 penampilan sebelum ini.