Ratu trek negara, Fatehah Mustapa, bernasib baik tidak ditimpa kecederaan serius selepas
menglami kemalangan ketika aksi final acara keirin dalam siri kedua Piala Dunia di Manchester, England walaupun terpaksa dibatalkan penyertaan.


Fatehah mara ke final keirin buat kali pertama pada musim baru Piala Dunia dan dia berjaya
menempatkan diri dalam kedudukan yang baik sebelum insiden itu berlaku pada 200 meter
terakhir.

Dia terbabit dalam kemalangan dengan pelumba dari Australia sebelum dibatalkan penyertaan,
membolehkan pingat emas menjadi milik jaguh Jerman, Kristina Vogel, sementara perak dan
gangsa milik pelumba dari Belanda.

“Ketika itu, saya amat yakin dapat menamatkan perlumbaan di atas podium, malangnya
tiada rezeki kerana berlaku kemalangan dalam 200m terakhir,” katanya.

Apa yang melegakan, Fatehah hanya mengalami kecederaan ringan, sekaligus memberikan
petanda baik menjelang siri ketiga Piala Dunia di Milton, Kanada pada 1 Disember depan.

“Syukur saya tidak mengalami sebarang kecederaan yang parah, cuma sedikit luka. Saya
berharap dapat pulih segera dan melakukan persiapan bagi menghadapi Piala Dunia,” katanya.