Farkhan punya sebab tidak sahut cabaran Meeraj Khan

Oleh Shaiful Shamsudin 22 Ogos 2020 639
Farkhan punya sebab tidak sahut cabaran Meeraj Khan
Impian menyaksikan pertarungan peninju profesional negara, Meeraj Khan Omar, menentang Mohd Farkhan Haron tidak kesampaian berikutan kegagalan mencapai kata sepakat. 

Peninju berusia 30 tahun itu sudah menggantung sarung tangannya tetapi menyatakan kesediaannya untuk mencabar Farkhan, namun usaha untuk merealisasikan pertarungan itu sudah dijalankan tetapi mereka gagal capai kata sepakat.

"Maaf, Farkhan tidak akan menyahut cabaran itu memandangkan dia sedang menguasai beberapa gelaran.

"Dia merupakan peninju ke-14 terbaik di dunia.

"Kami tidak akan pelawaan untuk pertarungan ini. Ini bukan berkaitan ego cuma kami sudah lama berusaha menaikkan Farkhan dalam kalangan 15 peninju terbaik dunia."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen