Farah sah berpisah dengan Salazar

Oleh Penulis Jemputan 31 Oktober 2017 720
Farah sah berpisah dengan Salazar
Juara empat kali Sukan Olimpik, Mo Farah, mengesahkan perpisahannya dengan jurulatih kontroversi, Alberto Salazar.

Farah, 34, berkata dia berpindah ke London, yang menjadi punca perpisahannya dengan Salazar selepas lebih daripada enam tahun bekerjasama.

Jelas pelari jarak jauh Britain itu, dia akan bekerjasama dengan Gary Lough, yang turut melatih isterinya, Paula Radcliffe.

"Saya pulang ke London, saya sangat merindui rumah," kata Farah menerusi video yang disiarkan dalam Twitter.

"Melihat anak-anak bahagia pada musim panas dalam Kejohanan Dunia, saya mahu kembali ke sana, saya sangat teruja.

"Saya juga tidak akan dilatih oleh Alberto Salazar ... Jurulatih baru saya adalah Gary Lough, yang melatih Paula Radcliffe"

Farah, yang memenangi 5,000m dan 10,000m dalam temasya London 2012 dan Rio 2016, mengucapkan terima kasih kepada Salazar.

Juara dunia enam kali itu memberitahu The Sun keputusannya tiada kaitan dengan tuduhan kes doping terhadap Salazar, yang mengaku tidak bersalah.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen