Farah, bekas atlet bimbingan Salazar akan disiasat WADA

Oleh Staff Writer 5 November 2019 724
Farah, bekas atlet bimbingan Salazar akan disiasat WADA
Mo Farah dan atlet-atlet lain yang pernah dilatih Alberto Salazar akan disiasat Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).

Salazar digantung daripada menjadi jurulatih ketika Kejohanan Olahraga Dunia di Doha selepas dia -- bersama Dr. Jeffrey Brown -- didapati bersalah kerana memproses dan mengedarkan bahan larangan selepas empat tahun disiasat Agensi Anti-Doping Amerika Syarikat.

Ia mengakibatkan Projek Oregon Nike milik Salazar terpaksa ditutup walaupun jurulatih berusia 61 tahun itu mahu mencabar penggantungan empat tahun terhadapnya.

Farah, yang dibimbing Salazar untuk menjadi atlet olahraga terbaik British dalam era Sukan Olimpik moden, mendakwa pada Oktober lalu bahawa terdapat agenda untuk menjatuhkannya selepas dia disoal mengenai tindakan bekas jurulatihnya itu.

Bagaimanapun, Farah -- bersama-sama atlet yang pernah dibimbing Salazar -- akan disiasat oleh WADA, kata presidennya, Craig Reedie.

"Persoalan yang jelas, adakah kaitan pertuduhan mengenai Salazar dan hasil operasinya itu terhadap atlet yang menipu diri mereka sendiri, yang mungkin mempengaruhi prestasi mereka dan mungkin melibatkan kemenangan dalam kejohanan," katanya kepada BBC Sport.

"Kami perlu menyiasat dan akan melakukannya."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen