Enam pelumba TSG terpilih untuk fasa kedua Program Kita Juara

Oleh Shaiful Shamsudin 5 Oktober 2016 5
Enam pelumba TSG terpilih untuk fasa kedua Program Kita Juara
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, mengesahkan enam pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) adalah antara lapan yang dipilih untuk menyertai fasa kedua Program Kita Juara menjelang Sukan SEA di Kuala Lumpur, tahun depan.

MSN dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) tidak menetapkan senarai pelumba untuk fasa pertama Program Kita Juara. 

Menurut Shapawi, pemilihan dibuat berdasarkan prestasi pelumba tempatan dalam kejohanan yang disertai mereka tahun ini. 

Dan selepas beberapa bulan dalam pemantauan, lapan pelumba disenarai pendek hasil perbincangan di antara MSN dan PKBM semalam. 

"Kami telah berbincang dan memilih enam pelumba dari TSG, dan juga dua pelumba luar dari TSG," katanya. 

Lapan pelumba terbabit, antaranya pemenang pingat emas Sukan SEA 2015, Hariff Salleh, Zamri Salleh, Adiq Husainie Othman dan Anuar Manan. 

Mereka akan diuji dalam tempoh enam bulan, bermula bulan ini untuk dipilih ke fasa ketiga, seterusnya terpilih sebagai pelumba yang akan mewakili negara dalam temasya Sukan SEA. 

"Untuk skuad Sukan SEA nanti terdiri daripada enam pelumba. 

"Setakat ini, kami telah ada lapan pelumba dan apabila memasuki fasa ketiga nanti, kami mungkin akan menggugurkan seorang peserta, manakala seorang lagi kami letakkan sebagai pelumba sokongan."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen