Atlet angkat berat Wilayah Persekutuan, Muhammad Elvin Hidayat, memecah rekod peribadi terbaik ketika menyertai Kejohanan Atas Talian Antarabangsa Eleiko Email 2020 di Kompleks Sukan Desa Tasik, Kuala Lumpur.

Anak kepada legenda angkat berat negara, Mohd Hidayat Hamidon, itu melakukan angkatan keseluruhan 228 kilogram dalam kategori 81kg dengan keputusan rasmi akan diketahui Jumaat depan.

"Ini merupakan kali pertama saya menyertai kejohanan atas talian ini. Saya telah menerima kata-kata semangat daripada abang, Erry Hidayat, untuk menghadapi kejohanan," kata Elvin.

"Sukar untuk meneruskan kecemerlang ahli keluarga saya yang berjaya dalam bidang ini -- bapa saya, Hidayat Hamidon dan abang saya (Erry). Saya percaya selepas ini mampu untuk berusaha sebaik mungkin hingga berjaya mewakili negara."

Elvin perlu mengekalkan rekod cemerlang keluarga.

Bapanya, Hidayat pemenang tiga pingat emas Sukan Komanwel 1998 sementara abangnya, Ery Hidayat, gangsa Sukan SEA 2019.

Elvin melakukan angkatan 103kg bagi snatch dan 120kg bagi clean & jerk untuk keseluruhan 123kg.

Keputusan akan diumumkan Jumaat depan oleh penganjur, Persekutuan Angkat Berat Oceania.

"Saya tidak sabar untuk mengetahui keputusan kejohanan ini. Saya berharap untuk beraksi di Sukan Malaysia (Sukma) dan meletakkan sasaran memecahkan rekod kebangsaan serta meraih pingat emas untuk Wilayah Persekutuan."