Eain Yow: Penyertaan Terbuka Remaja British perlu diteruskan

Oleh Staff Writer 27 November 2018 35
Eain Yow: Penyertaan Terbuka Remaja British perlu diteruskan
Pemain skuasy meningkat naik negara, Ng Eain Yow, menegaskan penghantaran bakat muda ke Kejohanan Terbuka Remaja British tidak boleh dijadikan mangsa kepada pemotongan bajet program 2019.

Eain Yow memperoleh manfaat penuh penyertaan dalam kejohanan itu sehingga bergelar pemain kedua terbaik Malaysia, hari ini.

Terbuka British itu disifatkan Eain Yow bersesuaian dakam pembentukan bakat muda kerana menampilkan kategori usia.

Sebelum melangkah ke pentas senior, Eain Yow mengungguli kategori B-13, B-15 dan B-17 kejohanan itu sebelum bergelar juara remaja dunia pada 2016.

"Ia satu-satunya kejohanan di mana kami dapat mengetahui tahap sebenar di peringkat antarabangsa.

"Saya mula menyertai kejohanan itu pada usia 13 tahun.

"Saya tidak tahu tentang persaingan skuasy di peringkat terttinggi sebelum itu.

"Jika pemain remaja tidak lagi menyertai kejohanan itu, mereka akan terlepas faktor penting untuk bersaing di peringkat antarabangsa," katanya.

Eain Yow memintas Ivan Yuen untuk bergelar pencabar kepada Nafiizwan Adnan sebagai pemain terbaik Malaysia.

Ia susulan pencapaiannya dalam tempoh beberapa bulan ini, termasuk pusingan ketiga Terbuka Hong Kong yang bertaraf platinum dalam Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA).

"Saya berpuas hati dengan prestasi saya dalam Terbuka Hong Kong.

"Saya meraih beberapa kemenangan penting sebelum terkandas," tambahnya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen