Eain Yow makin optimis

Oleh Nafis Abdullah 21 Jun 2020 55
Eain Yow makin optimis
Berlatih tidak lagi menjadi nikmat yang didustakan buat bintang skuasy negara, Ng Eain Yow, walaupun perancangan untuk kembali ke gelanggang latihan tidak menjadi, 15 Jun lalu.

Tiga bulan tanpa latihan sebelum 15 Jun hampir sahaja menjadi perangkap kepada satu gaya hidup yang kurang sihat buat skuad skuasy negara tatkala kehadiran latihan dibawah norma baru yang memerlukan mereka untuk mematuhi penjarakkan sosial seperti sesi solo di dalam gelanggang.

"Sebenarnya, sewaktu kami datang ke sini Isnin lalu, kami tidak pasti jika latihan boleh dimulakan. Namun, secara jujur, saya sangat lega dapat kembali ke gelanggang. Ia memberi nilai yang besar kepada kami tanpa mensia-siakan setiap peluang diraih," kata Eain Yow.

Bagi ketua jurulatih negara, Ajaz Azmat, seramai 11 pemain yang sudah melapor diri setakat ini kini berada di kemuncak fizikal dan tidak akan berdepan masalah untuk beraksi dalam kejohanan kompetitif.

"Kami cuba memastikan untuk menyesuaikan diri dengan baik selepas tiga bulan tidak beraksi terutama aspek fizikal. Saya gembira dapat melihat pemain kembali ke gelanggang," katanya.

 

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen