Dr Malvern terlepas gelaran Mr World

Oleh Rudi Affendi Khalik 7 Oktober 2017 452
Dr Malvern terlepas gelaran Mr World
Hasrat Mr. Asia, Dr Malvern Abdullah, untuk mencipta gelaran Mr. World sulungnya dalam Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizikal Dunia Ke-9 di Ulaanbaatar, Mongolia petang semalam tidak kesampaian.

Jaguh flyweight berasal Sarawak itu sekadar meraih perak dalam aksi yang menyaksikan jaguh Myanmar, Tun Tun Aung, dikalungkan pingat emas manakala Rujesh Shahi dari Nepal meraih gangsa.

Kecewa, namun ia bukan penamat bagi Dr Malvern biarpun mengakui ia kesempatan terbaik untuk atlet berusia 42 tahun itu menjulang gelaran.

Dr Malvern baharu menyandang gelaran Mr Asia di Seoul, Korea Selatan, justeru momentum itu seharusnya kekal untuk beliau mencipta kejuaraan lebih gah.

Tetapi seperti diramal, saingan dan prestasi atlet Myanmar lebih menyerlah, menyebabkan Dr Malvern terpaksa akur dengan keputusan juri.

Kejayaan ini mengulangi episod 2015 apabila Dr Malvern turut mengutip perak untuk kategori yang sama manakala tahun lalu memperoleh gangsa.

Kem Malaysia  terus kecewa apabila seorang lagi atlet veteran kelahiran Sarawak, Buda Anchah, sekadar layak untuk peringkat lima teratas.

Tentang Penulis

Rudi Affendi Khalik

Komen