Novak Djokovic mengatasi kecederaan leher untuk menyingkirkan Ricardas Berankis pusingan kedua Kejohanan Dunia Terbuka Barat & Selatan semalam.

Djokovic ketinggalan dalam kedua-dua set sebelum merakamkan kemenangan 7-6 (7-2), 6-4 ke atas Berankis dalam kejohanan ATP 1000.

Pemain nombor satu dunia itu menarik diri daripada saingan regu ekoran kecederaan leher, dan ia kelihatan sekali membelenggu pemain kelahiran Serbia itu.

Djokovic memerlukan rawatan beberapa kali ketika perlawanan, dalam aksi pertamanya dalam saingan Jelajah ATP selepas saingan ditangguh ekoran pandemik coronavirus.

Berankis berjaya merampas tiga permainan Djokovic, tetapi wakil kelahiran Lithuania itu gagal meneruskan permainan yang cemerlang.

Djokovic, juara 2018, bangkit daripada ketinggalan 4-3 dalam set pertama dan ketinggalan 2-0 dan 4-2 dalam set kedua.

Pemenang grand slam 17 kali itu memperbaiki rekod 19-0 pada 2020 dan berdepan Tennys Sandgren dalam pusingan 16.