Digugurkan daripada Program Kita Juara, Harith tekad rebut tempat dalam Sukan SEA

Oleh Shaiful Shamsudin 11 November 2016 4
Digugurkan daripada Program Kita Juara, Harith tekad rebut tempat dalam Sukan SEA
Pelari pecut negara, Harith Ammat Mohd Sobri, yang belum pulih daripada kecederaan belakang, terpaksa akur apabila menjadi salah seorang daripada tujuh atlet olahraga yang digugurkan daripada Program Kita Juara menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. 

"Saya akur dengan keputusan MSN (Majlis Sukan Negara) kerana saya sedar saya masih dibelenggu kecederaan dalam tempoh 11 bulan ini. 

"Dalam masa yang sama, kumpulan atlet baru juga sedang meningkat naik.

"Tapi itu tidak mematahkan semangat saya untuk mendapatkan tempat dalam Sukan SEA tahun depan," kata pemenang pingat perak acara 200 meter Sukan SEA Myanmar itu. 

Meskipun sedar cabaran yang bakal dihadapinya untuk menempatkan diri dalam barisan pelari pecut negara ketika ini, Harith tetap berkeyakinan dia mampu mengembalikan prestasinya untuk kembali bersaing. 

"Pihak MSN telah meletakkan syarat dengan memberi saya masa sehingga Mac tahun depan untuk membuktikan sama ada saya layak untuk mewakili negara dalam Sukan SEA 2017. 

"Saya akan pastikan saya akan berada di tahap 100 peratus untuk berlumba dalam Sukan SEA tahun depan."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen