Ketiadaan jaguh wushu wanita, Diana Bong, dalam skuad negara menghadapi Piala Dunia di Myanmar bermula Sabtu depan menimbulkan persoalan adakah dia akan mengikut jejak langkah Loh Jack Chang yang mengumumkan persaraan.

Diana merupakan atlet wushu paling senior ketika ini, namun kelibatnya jarang dilihat dalam kejohanan antarabangsa selepas digugurkan daripada Sukan Asia Indonesia, Ogos lalu.

Spekulasi semakin hangat apabila atlet muda, Tan Cheong Min, menggantikan tempatnya dalam acara nanquan/nandao dalam Piala Dunia di Myanmar.

"Saya akan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Saya akan cuba meraih lebih banyak pengalaman berlatih di luar negara," kata Cheong Min.

"Atlet negara agak kepenatan selepas mengharungi banyak kejohanan bagi tahun 2018," kata jurulatih negara, Lim Yew Fai.

Skuad Piala Dunia akan dibarisi enam atlet yang diketuai juara dunia jianshu 2017, Wong Weng Son.

Mereka akan berlepas ke Yangon, Rabu ini.

"Walaupun kami gagal beraksi cemerlang dalam Sukan Asia, kami yakin akan bangkit dalam saingan Piala Dunia," kata Weng Son.