2016 yang bakal melabuhkan tirainya beberapa hari lagi tersimpan pelbagai sejarah penting dalam arena sukan tanah air.

Bagaimanapun, lima atlet yang disenarai pendek berikut dianggap paling mencuri tumpuan selepas mencipta rekod baru bukan sahaja dalam kerjaya masing-masing, tetapi buat negara.

Dalam kalangan lima atlet di bawah, siapa yang anda fikirkan telah mencetuskan Detik Sukan Terbaik 2016:-

1) Faiz Subri - Jaringan menakjubkan ketika Pulau Pinang menang ke atas Pahang 16 Februari 2016 & Finalis Anugerah Puskas 2016.

2) Ridzuan Puzi - Emas pertama Malaysia di Sukan Paralimpik Rio 2016 menerusi acara 100m T36.

3) Abdul Latif Romly - Emas Sukan Paralimpik Rio 2016 dengan rekod dunia acara lompat jauh T20.

4) Ziyad Zolkefli - Emas Sukan Paralimpik Rio 2016 dengan rekod dunia acara lontar peluru F20.

5) Khairul Idham Pawi - Pelumba negara pertama muncul juara dua kali saingan Moto3 di GP Argentina & Jerman.

Untuk mengundi sila klik di sini, Sukan Terbaik 2016.