Derita doping Fazrul Azrie

Oleh Shaiful Shamsudin 16 April 2020 130
Derita doping Fazrul Azrie
Bekas badang negara, Fazrul Azrie Mohdad, yang masih menjalani hukuman penggantungan selama empat tahun kerana positif doping tampil berkongsi penderitaannya sehingga terpaksa menganggur selama setahun.

Fazrul positif bahan terlarang jenis stanozolol pada 2018 ketika meniti zaman kegemilangan apabila masih segar dengan kejayaan meraih pingat gangsa kategori 85kg Sukan Komanwel Gold Coast 2018.

Berita menggemparkan itu berlaku ketika dia sedang berlatih di Majlis Sukan Negara (MSN) hingga terpaksa meninggalkan Bukit Jalil.




"Kehidupan saya perlu bermula daripada kosong semula.

"Saya bergelut dalam tempoh itu dan mula dapat kerja selepas setahun kejadian. 

"Atlet sepatutnya membuat persiapan awal sebelum perkara tidak diingini berlaku tetapi saya sudah terlambat.

"Buat atlet-atlet muda dalam mana-mana sukan sekalipun, cuba disiplinkan diri dan jauhi bahan terlarang.

"Perlu ambil tahu mengenainya," katanya ketika diwawancara wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi.

Atlet berusia 24 tahun itu, yang akan menamatkan penggantungan berkenaan pada Mei 2022, kini bertindak sebagai jurulatih kecergasan gimnasium di Johor Bahru sejak tahun lalu.

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen