Presiden UFC, Dana White, memiliki perancangan untuk mengajurkan acara seterusnya 9 Mei ini.

UFC 249 dibatalkan minggu lalu ekoran krisis COVID-19, yang telah meragut 126,600 nyawa di seluruh dunia.

Acara tersebut -- pada asalnya dijadualkan berlangsung 18 April ini di Brooklyn -- menyaksikan Tony Ferguson bakal berdepan Justin Gaethje yang menggambil juara tanpa kalah kategori lightweight, Khabib Nurmagomedov, ekoran isu perjalanan.

Di sebalik usaha White untuk mendapatkan lokasi alternatif bagi saingan tersebut, ESPN telah meminta pengurus UFC untuk untuk membatalkan saingan tersebut.

Tetapi White masih lagi berazam untuk memastikan UFC kembali diteruskan dalam kadar segera, memberitahu kepada ESPN bahawa dia sedang berusaha untuk mendapatkan venue yang bersesuaian.

Dengan tarikh 9 Mei menjadi keutamaan buat White, termasuk pertembungan di antara Ferguson dan Gaethje manakala Donald Cerrone bertemu Anthony Pettis.