Tony Ferguson dan Justin Gaethje bakal bertarung secara tertutup di Florida 9 Mei dalam salah satu daripada tiga acara UFC yang dianjurkan dalam tempoh seminggu.

Dana White berikrar UFC 249 akan diteruskan bulan depan selepas acara tersebut telah dijadualkan di Brooklyn minggu lepas namun ditunda ekoran pandemik koronavirus.

Selepas empat lagi acara yang dibatalkan minggu ini, White mendedahkan mereka akan kembali bersaing di Arena VyStar Veterans Memorial di Jacksonville, Florida 9 Mei ini, dengan beberapa acara yang turut dianjurkan pada 13 dan 16 Mei.

Hanya "kakitangan penting" akan dibenarkan masuk ke dalam ketiga-tiga acara tersebut.
Selepas pertembungan raja lightweight, Khabib Nurmagomedov, dibatalkan buat kali kelima ekoran penularan COVID-19, pesaing nombor satu, Ferguson, akan beradu tenaga dengan Gaethje untuk kejuaraan interim di UFC 249.

Juara bantamweight, Henry Cejudo dan bekas juara, Dominick Cruz, turut bertemu di Oktagon.

Presiden UFC, White, berkata, "Saya tidak sabar untuk memberikan perlawanan menarik buat seluruh peminat UFC.

"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Datuk Bandar Jacksonville, Lenny Curry, Arena VyStar Veterans Memorial dan Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Tinju Florida, Patrick Cunningham, kerana membantu kami menjayakan saingan ini."