Covid-19: Tujuh atlet skuasy berada dalam gimnasium sama dengan Jackie

Oleh Muzaffar Musa 17 Mac 2020 192
Covid-19: Tujuh atlet skuasy berada dalam gimnasium sama dengan Jackie
Sembilan individu dikenalpasti oleh Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) berada dalam kawasan sama dengan Jackie Wong sebelum jaguh baling tukul besi negara itu disahkan dijangkiti Covid-19 semalam.

Kebimbangan dirasai skuad skasy negara apabila tujuh pemain dan dua jurulatihnya didapati berada dalam kawasan gimnasium di Insitut Sukan Negara pada waktu yang sama dengan Jackie .

Perkara itu disahkan sendiri Pengarah Kejurulatihan SRAM, Mejar (B) S. Maniam, dalam satu temu bual Nadi Arena.

"Sebelum pengumuman (perintah kawalan pergerakan) daripada Perdana Menteri, kami sudahpun menangguhkan segala latihan kerana salah seorang atlet didapati positif.

"Ketika dia (Jackie) berada di gimnasium, beberapa atlet kami juga berada di situ.

"Mereka perlu kuarantin diri sendiri.

"Ia bukan sentuhan secara langsung tetapi ketika dia berada di gimnasium pada hari itu, atlet kami juga berada di situ, jadi mereka berada dalam lingkungan yang sama," katanya.

Maniam, dalam pada itu, menegaskan penggantungan program melebihi tarikh 31 Mac ini akan memberikan kesan besar kepada atlet. 

"Jika ia mengambil tiga ke empat minggu atau lebih daripada itu untuk ditangani, berdasarkan apa yang setiap pemain skuasy tahu, mereka akan mengalami penurunan prestasi.

"Ia perkara normal. Ia sesuatu yang akan dapat kami tangani.

"Bagaimana cara anda menangani setiap perkara merupakan aspek terpenting.

"Sepanjang dua minggu ini, motivasi amat penting," tambahnya.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen