Covid-19: SOP, keselamatan jadi keutamaan 

Oleh Shaiful Shamsudin 22 April 2020 74
 Covid-19: SOP, keselamatan jadi keutamaan 
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, mengesahkan telah menghantar surat kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam membolehkan atlet kembali menjalani latihan.

Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN) berganding bahu dalam krisis wabak koronavirus baru (Covid-19) dengan menghantar cadangan prosedur operasi standard (SOP) bagi meluluskan atlet untuk kembali menjalani latihan.

Tiada tarikh rasmi diputuskan tetapi 1 Jun depan dikatakan paling sesuai, bergantung kepada status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



"Keputusan akhir terletak di tangan MKN, lagipun tempoh untuk putuskan rantaian Covid-19 berlangsung sepanjang enam bulan akan datang," katanya ketika dihubungi wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi, hari ini. 

Perbincangan mengenai SOP itu juga mampu menentukan hala tuju pemburuan dalam Sukan Olimpik Tokyo 2021. 

"Kami sudah mendapatkan cadangan untuk mendapat rentak mengadakan latihan.

"Ini semua bergantung kepada keputusan MKN," kata Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Dalam masa sama, usaha itu disambut baik warga sukan namun jaminan keselamatan juga ditekankan.

"Pergerakan dinamik dan akrobatik memerlukan peralatan tertentu selain aspek keselamatan. 

"Lebih cepat kami dapat menyambung latihan adalah lebih baik untuk anak buah saya mrmulakan terjunan berbanding hanya bersenam," kata jurulatih terjun negara, Christian Brooker. 

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill: "Kami berharap atlet dapat kembali medan latihan seperti biasa seawal 1 Jun depan."

"Yang pertama, kami perlu (mengetengahkan) peraturan bagi penjarakkan sosial.

"Yang kedua, mengadakan ujian untuk memastikan persekitaran latihan adalah zon bebas (wabak Covid-19)," kata Presiden Majlis Olimpik Negara (MSN), Datuk Seri Norza Zakaria, hari ini. 
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen