COVID-19: Skuad terjun terjejas tanpa kejohanan

Oleh Muzaffar Musa 24 Oktober 2020 53
COVID-19: Skuad terjun terjejas tanpa kejohanan
Skuad terjun negara mengakui terjejas daripada aspek motivasi apabila tiada sebarang kejohanan dapat dianjurkan tahun ini berikutan pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, Persekutuan Renang Malaysia dikhabarkan sedang berusaha menganjurkan satu kejohanan kebangsaan awal bulan depan bagi mengembalikan motivasi penerjun negara.

Jaguh negara, Chew Yiwei, mengakui penganjuran kejohanan itu sesuatu yang baik tetapi ia masih belum cukup untuk mengembalikan motivasi mereka.

"Saya rasa saya baik-baik sahaja cuma motivasinya susah nak cari kerana seperti dalam latihan, gandingan saya, Ooi Tze Liang, sangat hebat dan melihat terjunannya juga memberikan saya motivasi untuk terus mendorong diri saya.

"Tetapi saya fikir ia memerlukan sesuatu yang lebih untuk mendorong saya ke tahap terbaik.

"Perasaan untuk bertanding, melihat peserta lain mewakili negara masing-masing, juri daripada banyak negara dan semua (penonton) meyaksikan terjunan kami. Tekanan itu yang akan memberikan kami motivasi," katanya.


 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen