Pesilat senior negara, Al-Jufferi Jamari mengambil pendekatan memanfaatkan penundaan Kejohanan Dunia yang sepatutnya berlangsung Julai ini sebagai tempoh mendalami peraturan baru yang dikuatkuasa awal bulan lalu.

Itu adalah persetujuan di antara negara di bawah pengiat seni silat yang melibatkan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA Malaysia) bersama Indonesia, Brunei dan Singapura.

Penukaran peraturan termasuklah daripda segi sistem tiga juri mengadili satu perlawanan, sistem pemarkahan serta keberadaan pesilat dalam gelanggang semasa pertandingan.

Juara dunia 2016 itu menyuarakan pendapat supaya tempoh masa penundaan tersebut perlu digunakan sebaiknya buat dia dan rakan seperjuangan dalam memastikan Malaysia meraih kejuaraan keseluruhan kejohanan yang bakal berlangsung di Sarawak itu.

"Kami sedang berusaha untuk memahami peraturan baru yang telah ditetapkan dan ketiadaan lawan membantutkan usaha kami untuk mendalaminya," kata Al-Jufferi.

Jufferi dalam masa sama mengharapkan tiga kejohanan yang dibatalkan sebelum ini ekoran wabak covid 19 -- Terbuka Belgium, Terbuka Thailand dan Kejohanan Empat Penjuru --salah satunya dapat dianjurkan sebelum saingan dunia.

Ia bagi memastikan skuad negara dalam keadaan bersedia bagi menghadapi agenda utama, Kejohanan Dunia yang telah ditunda Disember ini.

"Kami memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri, namun ia tidak seharusnya digunakan dengan sepenuhnya malah membuktikan kemampuan sebenar ketika di gelanggang nanti."