COVID-19: Peningkatan kes positif di Melbourne bantut persiapan Azizulhasni 

Oleh Shaiful Shamsudin 8 Julai 2020 133
COVID-19: Peningkatan kes positif di Melbourne bantut persiapan Azizulhasni 
Program Road to Tokyo (RTT) yang melibatkan Azizulhasni Awang sekali lagi tergendala selepas penularan mendadak wabak COVID-19 di Melbourne, Australia. 

Berikutan gelombang kedua itu lebih buruk berbanding sebelum ini, 'The Pocket Rocketman' perlu menangguhkan misi persiapannya untuk menghadapi Sukan Olimpik Tokyo 2021. 

"Keadaan sangat runcing sekarang ini, velodrom telah ditutup jadi kami tidak dapat berlatih di sana.

"Malangnya, selepas kami berkesempatan berlatih di situ hampir lima minggu, kami perlu berlatih semula di rumah seperti sebelum ini.

"Lantas, kami perlu merombak program latihan kami.

"Bagaimanapun, kami perlu kekal positif dengan apa yang berlaku ini untuk fokus kepada keselamatan dan kesihatan.

"Saya harap apa yang berlaku di Melbourne ini menjadi pengajaran di Malaysia," katanya ketika dihubungi.

・・・ Berita terkini berkenaan situasi semasa kes Covid19 di Melbourne, Victoria. Jika anda ada apa-apa soalan boleh...

Posted by Azizulhasni Awang on Tuesday, 7 July 2020

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen