Covid-19: Penerbangan Dineshwaran ke Malaysia tidak terjejas

Oleh Ammar Hakim 9 April 2020 541
Covid-19: Penerbangan Dineshwaran ke Malaysia tidak terjejas
Pengisytiharan darurat oleh kerajaan Jepun dua hari lalu tidak menjejaskan penerbangan pulang pemain ragbi negara, K. Dineshwaran, untuk kembali ke tanah air esok.

Sebelum ini, pemain ragbi negara, Dineshwaran ataupun lebih mesra dengan panggilan Dugro telah menunda penerbangan pulang ke Malaysia ke esok ekoran kekurangan jumlah penumpang ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, dua hari lalu Jepun telah mengisytiharkan darurat yang mungkin menjejaskan penerbangan pemain kelab Hino Red Dolphins itu untuk pulang ke tanah air.

"Buat masa ini, warga asing masih lagi boleh menaiki kapal terbang cuma untuk kembali ke Jepun tidak boleh. Sejurus tiba di Malaysia, saya perlu kuarantin selama 14 hari terlebih dahulu sebelum bertemu ahli keluarga," kata Dineshwaran.

Dalam masa sama, pemain itu sudah bersedia dengan pelan B seandainya pernerbangannya dibatalkan pada saat akhir.

"Saya telah berhubung dengan pihak kedutaan Malaysia di sini. Jika penerbangan saya tidak dapat diteruskan, saya mungkin akan kekal di Jepun."
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen