Rose Namajunas menarik diri daripada saingan UFC 249 selepas dua ahli keluarganya meningal dunia akibat coronavirus setelah disahkan pengurusnya semalam.

Bekas juara strawweight, Namajunas, dijadualkan berdepan Jessica Andrade dalam acara utama, 18 April ini tatkala ia menjadi aksi ulangan selepas kehilangan kejuaraannya kepada wakil Brazil itu dalam UFC 237.

Namun, dia menjadi atlet berprofil tinggi yang kedua menarik diri selepas pertemuan Khabib Nurmagomedov dan Tony Ferguson dibatalkan susulan larangan ke luar negara akibat COVID-19.

"Namajunas menarik diri daripada UFC 249 selepas dua ahli keluarganya meninggal dunia," kata wakilnya, Brian Butler.

"Harapannya adalah untuk kembali ke gelanggang secepat mungkin tetapi buat masa sekarang, kami harap orang ramai menghormati tempoh peribadi yang diperlukan."

Pengganti Namajunas masih belum diumumkan sambil Ferguson bakal berdepan Justin Gaethje untuk kejuaraan lighweight sementara.

UFC 249 dijadualkan diadakan di Barclays Center di Brookyln tetapi lokasi baru dikenal pasti.

Menurut Universii John Hopkins, New York City berdepan lebih 87,000 kes yang disahkan sambil lebih 5,100 nyawa terkorban.