Covid-19: MSN Terengganu tutup pejabat, asrama atlet

Oleh Tengku Danish Bahri 18 Mac 2020 47
Covid-19: MSN Terengganu tutup pejabat, asrama atlet
Selaras dengan perintah kawalan pergerakan yang diumumkan Kerajaan Malaysia, Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) telah menutup operasinya sehingga 31 Mac ini.

Timbalan Pengarah MSNT, Ahmad Shahrizal Yahya, dalam satu kenyataan berkata turut ditutup adalah asrama atlet, premis latihan, kompleks sukan selain penangguhan latihan.

Sehubungan itu atlet dan jurulatih sudah diarahkan untuk mengosongkan penginapan di semua fasiliti sukan dan pusat latihan bagi kerja-kerja pembersihan dan nyahkuman.

"Setiap jurulatih perlu mengekalkan tahap kecergasan atlet masing-masing dan mengurangkan 'direct contact' bagi mengelak risiko dijangkiti Covid-19," katanya.

Dewan utama MSNT sebelum ini dijadikan gelanggang latihan rasmi bagi beberapa acara sukan antaranya judo, karate, taekwondo dan silat.

Pasukan bola baling, petanque dan sepak takraw pula berlatih di stadium mini serta gelanggang berhampiran Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak.

Kredit foto: Majlis Sukan Negeri Terengganu

Tentang Penulis

Tengku Danish Bahri

Komen