Covid-19: MOM tawar bantuan persatuan hadapi krisis 

Oleh Shaiful Shamsudin 17 April 2020 56
 Covid-19: MOM tawar bantuan persatuan hadapi krisis 
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Norza Zakaria, menjangkakan persatuan-persatuan sukan boleh mula memohon dana bantuan MOM mulai minggu depan.

Ini bagi membantu semua persatuan dalam urus tadbir masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah memasuki fasa ketiga.

"Pejabat MOM akan menulis surat kepada persatuan-persatuan dan akan menerima permohonan itu secepat mungkin untuk dipertimbangkannya," katanya ketika dihubungi wakil Nadi Arena, Wan Muiz Wan Aziz.

Bagi mengharungi tempoh krisis novel koronavirus (Covid-19) yang memberi impak negatif kepada persatuan-persatuan sukan negara, MOM telah melancarkan dua inisiatif bagi membantu meringankan beban itu.

Inisiatif pertama menyaksikan mereka telah mengemukakan dana bantuan sebanyak RM300,000 bagi persatuan-persatuan yang memerlukan.

Bagi inisiatif kedua, MOM memberi potongan sebanyak 50 peratus terhadap sewa bulanan persatuan sukan yang menyewa pejabat di Wisma MOM.

"Walaupun mereka tidak mendapat bantuan ini tetapi mereka masih lagi harus membayar ewa bangunan, membayar gaji dan bil utiliti.

"Kami menjangkakan permohonan daripada persatuan yang bermasalah daripada segi wang tunai untuk menghadapi tempoh sukar ini."
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen