Brooks Koepka merupakan salah seorang daripada lima pemain yang akan menarik diri daripada Kejohanan Travellers, walaupun kejohanan itu akan diteruskan walaupun terdapat tiga pemain diuji positif COVID-19.

Pesuruhjaya Jelajah PGA, Jay Monahan, menawarkan kemas kini kepada media pada awal pagi tadi berikutan Cameron Champ; tukang kedi, Graeme McDowell Ken Comboy, dan kedi Koepka, Ricky Elliott, sah dijangkiti pandemik itu.

Jelajah itu menyusuli Kejohanan Cabaran Charles Schwab awal bulan ini, tetapi Nick Watney menjadi kes pertama yang disahkan sejak saingan bermula di RBC Heritage minggu lalu.

Monahan mengesahkan berita terbaru itu termasuk beberapa pemain yang menarik diri, namun Kejohanan Travellers diteruskan.

Champ, McDowell dan Koepka kemudian mengikuti jejak Webb Simpson dan Chase Koepka -- adik Brooks -- yang menarik diri.

"Kami telah bekerja keras sejak Mac lalu untuk meningkatkan perancangan kesihatan dan keselamatan komprehensif yang akan dianggap sebagai amalan terbaik dalam kalangan liga sukan profesional," kata Monahan.

"Walaupun kami telah teliti aspek pelaksanaan program yang boleh mengurangi risiko sebanyak mungkin, kami sedar adalah mustahil untuk melenyapkan segala risiko seperti yang dibuktikan menerusi tiga kes positif minggu ini.

"Kami perlu menggunakan perkembangan ini sebagai peringatan tegas buat semua pihak yang terlibat kerana kami perlu terus belajar daripada sudut operasi."

Juara empat gelaran utama, Brooks Koepka berkata: "Saya tidak positif COVID-19 tetapi seperti yang telah saya katakan selama ini, saya menganggap ini situasi yang sangat serius.

"Saya tidak mahu melakukan apa-apa yang boleh membahayakan kesihatan kepada mana-mana pemain baik di lapangan mahupun kemampuannya untuk bersaing.

"Saya bercadang untuk mengambil cuti dua minggu. Jadi perkara yang tepat untuk dilakukan sekarang adalah pulang ke rumah, menyokong Ricky selain berasa yakin bahawa saya melakukan apa yang boleh saya lakukan demi melindungi rakan-rakan Jelajah, rakan-rakan Jelajah PGA dan semua orang yang berkaitan dengan Kejohanan Travellers minggu ini. "

Pesuruhjaya itu menambah: "Yakinlah bahawa Jelajah PGA akan selalu mengamalkan tindakan yang betul kerana ia berkaitan dengan pemain, peminat, konstitusi serta memastikan bahawa kami mewujudkan persekitaran yang paling selamat.

"Kami tidak sabar-sabar lagi untuk diperkenalkan kepada peminat dalam Kejohanan Memorial tetapi yakinlah bahawa kami hanya akan melakukannya jika kami fikir ini adalah persekitaran yang sihat dan selamat buat pemain, kedi, kakitangan dan juga peminat yang akan hadir."