Ko Jin-young perlu menunggu sehingga September sebelum mempertahankan gelaran ANA Inspiration selepas kejohanan utama itu telah mengumumkan tarikh baru.

Krisis koronavirus memaksa pihak penganjur minggu lalu menunda saingan, dengan tarikh sebelum ini dijadualkan pada 2 hingga 5 April di Mission Hills.

Mengumumkan tempat baru di kalendar, kejohanan itu menjelaskan menerusi satu kenyataan semalam, "Kejohanan ANA Inspiration 2020 telah dijadualkan semula untuk dipertandingkan pada 10 hingga 13 September 10-13 di Mission Hills Country Club di Rancho Mirage.

"Kejohanan itu ditangguhkan berikutan mandat yang dikeluarkan oleh pegawai kesihatan County Riverside mengenai penularan wabak Covid-19 dan kami sangat gembira LPGA telah mengesahkan tarikh baru ini."

Pemain kelahiran Korea Selatan, Ko yang kini berusia 24 tahun, meraih gelaran utama pertama dalam kariernya menerusi edisi tahun lalu sebelum menjuarai Kejuaraan Evian.