Covid-19: Jackie semakin stabil 

Oleh Shaiful Shamsudin 19 Mac 2020 257
Covid-19: Jackie semakin stabil 
Jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong, yang positif wabak koronavirus baru (Covid-19) berada dalam keadaan stabil dan sihat.

Memasuki hari keempat dikuarantin di Hospital Sibu, Sarawak, Jackie berkata dia berasa lebih baik berbanding beberapa hari lalu.

"Keadaan saya bertambah baik berbanding dua hari lalu.

"Sampel kedua saya dijangka akan diambil dalam tempoh beberapa hari ini.

"Terima kasih kepada semua yang mengambil berat, galakan dan mendoakan saya.

"Saya harap anda semua berada di rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini," katanya hari ini dalam satu video eksklusif.

Pemegang rekod kebangsaan dengan balingan sejauh 68.22 meter itu disahkan positif pada Isnin lalu.
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen