Covid-19: ICC tangguh keputusan Piala Dunia T20

Oleh Nafis Abdullah 11 Jun 2020 53
Covid-19: ICC tangguh keputusan Piala Dunia T20
Pihak Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) telah menangguhkan keputusan mengenai saingan Piala Dunia T20 lelaki serta Piala Dunia Kriket Wanita untuk meneruskan usaha mendapatkan perancangan terbaik, bulan depan.

Australia dijadualkan menjadi tuan rumah saingan T20 lelaki pada 18 Oktober sehingga 15 November depan tetapi status itu masih belum jelas ekoran wabak coronavirus ambil acara wanita yang dijangka diadakan di New Zealand pada 6 Februari sehingga 7 Mac depan.

Bulan lalu, ICC menafikan laporan bahawa keputusan telah dibuat untuk mengadakan Piala Dunia T20 pada tahun depan tetapi Australia menegaskan ia ditangguhkan.

Berdasarkan mesyuarat pihak tertinggi ICC semalam, mereka berkata akan teurs berusaha mendapatkan penyelesaian susulan perubahan keselamatan umum melibatkan Covid-19 sambil kerajaan berusaha melindungi kesihatan semua yang terlibat.

"Situasi sekeliling wabak ini bergerak dengan pantas dan kami mahu memastikan dapat membuat keputusan terbaik untuk keseluruhan sukan," kata Ketua Eksekutif ICC, Manu Sawhney.

"Kesihatan mereka yang terlibat menjadi keutamaan kami.

"Kami hanya memiliki satu peluang untuk membuat keputusan dan ia perlu yang tepat, jadi kami perlu bincang dengan semua ahli, pihak penyiaran, rakan kongsi, kerajaan serta pemain untuk mendapatkan tindakan terbaik."

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen