Terence Crawford mencadangkan bahawa pandemik koronavirus adalah konspirasi dan menjelaskan dirinya mengabaikan peraturan berkurung.

Juara dunia welterweight WBO itu mendedahkan dia tidak memberitahu kepada ahli keluarganua untuk kekal berada di dalam rumah selepas mendakwa kesan Covid-19 hanya sekadar diperbesar-besarkan.

Lebih 1.8 juta telah disahkan positif covid-19 seluruh dunia dan lebih 535,000 kes di Amerika Syarikat dengan 20,000 kes kematian.

Crawford, yang mengatakan kawannya yang turut disahkan positif, masih lagi meneruskan latihan ketika pandemik itu.

"Ia tidak berbeza dengan hari lain. Saya tidak duduk di dalam rumah. Saya tidak mengunci anak-anak saya di rumah," katanya.

"Saya tidak berasakan penyakit menjadi punca kematian dan ia bukan sesuatu yang benar. Saya berasakan mereka sedang menggunakan ketakutan ini untuk mengawal kita semua ketika ini.

"Saya tidak pasti tetapi secara peribadi, saya tidak boleh bersetuju dengan banyak perkara yang mereka katakan sekarang.

"Media mengawal dunia, apa sahaja yang dipertontonkan akan membuat semua orang percaya dan ketakutan."
Crawford, yang memiliki rekod 36 kemenangan tanpa kalah, mempersoalkan mengapa sesetengah pekerjaan masih dibenarkan beroperasi.

"Jika ia sangat teruk mengapa orang masih mengutip sampah? mengapa orang masih bekerja tetapi hanya boleh membungkus makanan?" katanya lagi.

"Saya memiliki banyak soalan yang perlu dijawab. Bagaimana dengan pegawai polis yang masih lagi bertugas?

"Jika saya seorang anggota polis, jika perkara ini sangat teruk, saya tidak akan bertugas. Saya tidak bersetuju dengan apa yang mereka katakan."