Covid-19: Aksi ONE Championship berlangsung tanpa penyokong

Oleh Shaiful Shamsudin 14 Mac 2020 59
 Covid-19: Aksi ONE Championship berlangsung tanpa penyokong
ONE Championship hari ini mengumumkan pertarungan hanya akan diadakan acara tertutup tanpa penyokong, berkuat kuasa serta merta.

Ini berikutan pengisytiharan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai pandemik global susulan penularan wabak koronavirus baru (Covid-19).

ONE Championship akan disiarkan tetapi tanpa kehadiran penonton di venue pertandingan sehingga 29 Mei depan. Pada masa yang sama, The Home Of Martial Arts akan menjadi tuan rumah di Singapura.

Mereka akan mengadakan pertarungan pada 17 April, 24 April, 1 Mei, dan 8 Mei depan.

Selain itu, pertarungan sulung Siri ONE Infinity juga ditunda ke 29 Mei depan di Manila, Filipina di Mall Of Asia Arena.

"Keselamatan peminat, atlet, kakitangan, rakan kongsi dan orang awam adalah keutamaan tertinggi bagi ONE Championship," kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif ONE Championship, Chatri Sityodtong.

"Kami akan beroperasi dalam tempoh yang benar-benar luar biasa tetapi pasukan saya dan kami komited untuk menghidangkan aksi sukan dan hiburan yang terbaik di mana-mana sahaja dan di siaran global hari ini."
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen