140 atlet kebangsaan mengambil keputusan menarik diri daripada menyertai program latihan berpusat di Majlis Sukan Negara (MSN).

Menerusi perkongsian bersama Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, yang lega apabila jumlah itu tidak membabitkan atlet yang sudah layak atau sedang memburu tiket ke Sukan Olimpik Tokyo.

20 peratus atlet negara memilih untuk meninggalkan kem latihan di semua venue latihan MSN.

Keputusan itu dibuat berdasarkan tawaran MSN sebaik Perintah Kawalan Pemulihan Bersyarat (PKBP) diumumkan.

Ia meninggalkan 528 atlet untuk meneruskan sesi latihan di mana mereka perlu mematuhi dengan semua Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan MSN.