COVID-19: 14 individu kelab Genoa dijangkiti selepas dibelasah Napoli 

Oleh Shaiful Shamsudin 29 September 2020 79
 COVID-19: 14 individu kelab Genoa dijangkiti selepas dibelasah Napoli 
Genoa mengumumkan 14 individu di kelab itu telah diuji positif COVID-19. 

Mereka yang dijangkiti terdiri daripada pemain serta kakitangan belakang tabir kelab Serie A itu selain berita kurang enak itu hadir selepas mereka dibelasah 0-6 oleh Napoli, semalam. 

"Kelab ini telah melaksanakan kesemua prosedur protokol dan memaklumkan kepada pihak berwajib. Kelab akan memberikan perkembangan lanjut seiring dengan keadaan," kata Genoa dalam satu kenyataan awal pagi tadi. 

Berita itu meletakkan pertemuan dengan Torino minggu ini dalam keraguan. 

Ia juga bermaksud Napoli mungkin perlu melakukan ujian ke atas skuad mereka sebelum berdepan juara, Juventus, Isnin depan. 

Semalam, Sampdoria turut mengesahkan penyerang, Keita Balde, positif pandemik tersebut dan akan mengikuti protokol kesihatan yang disarankan. 

Pemain itu akan menyertai Sampdoria daripada Monaco minggu ini secara pinjaman.


 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen