Cobra teruskan rentak kemenangan 

Oleh Penulis Jemputan 11 November 2017 167
Cobra teruskan rentak kemenangan 
Hari pertama edisi ke-47 Kejohanan Ragbi Cobra 10 Sepasukan menyaksikan persaingan sengit antara kesemua 16 pasukan yang bertanding dengan tumpuan terhadap Kumpulan C yang menampilkan dua wakil Malaysia, Cobra dan Panthers Blowpipes. 

Cobra yang merupakan antara pasukan pilihan dalam Kumpulan C bertemu dengan wakil dari Australia, Charice Wolfpack. 

Ia merupakan perlawanan kedua Cobra selepas mereka mencatat kemenangan 14-12 ke atas pencabar dari New Zealand, Auckland Varsity Vipers.

Cobra bermula baik apabila melakukan try menerusi Sam Stewart untuk menjadikan kedudukan separuh pertama berakhir dengan 5-0. 

Namun, Charice Wolfpack bangkit pada babak kedua apabila Oliva Sialah dan Simai Kolio masing-masing melakukan try untuk mengatasi Cobra dengan kemenangan 10-5. 

"Mereka bermain baik, cuma penyudah berkualiti tinggi sahaja yang sukar dilakukan. Itulah yang berlaku," kata jurulatih Cobra, Roberson Duncan. 

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan C menemukan Panthers Blowpipes dan Auckland Varsity Vipers yang menyaksikan wakil Malaysia itu menang 5-0. 

Satu-satunya try dihasilkan oleh pemain Panthers Blowpipes, Christopher Miller, pada babak pertama dan keputusan itu kekal hingga tamat permainan. 

"Kami akan cuba memastikan kemaraan ke peringkat suku akhir sebelum memikirkan peringkat separuh akhir dan final," kata ketua pasukan Panthers Blowpipes, Kieran Duffin. 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen