Owen Farrell berasakan England 'baru sahaja bermula' selepas mereka dinobat sebagai juara Enam Negara semalam.

Ben Youngs melakar kaps ke-100 ketika Red Rose memastikan kemenangan 34-5 ke atas Itali di Rome bagi membenarkan mereka peluang terbuka untuk memenangi gelaran.

Ireland kelihatan sudah pasti mendapatkan trofi jika mereka mengatasi Perancis dengan sekurang-kurang berkelebihan tujuh mata dalam aksi terakhir pertandingan tersebut, tetapi Les Bleus memberikan satu lagi persembahan bahawa mereka merupakan pasukan berpotensi dengan kemenangan 35-27 di Paris.

England berkongsi mata dengan Perancis, tetapi skuad kendalian Eddie Jones itu telah memenangi pertandingan tersebut buat pertama kali sejak tiga tahun yang lalu menerusi perbezaan mata.

Farrell berkata banyak lagi akan dipamerkan England selepas mereka dapat meraikan sesuatu selepas hampir setahun setelah ditewaskan Afrika Selatan di final Piala Dunia Ragbi.

Ditanya sama ada mengenai cabaran England pada masa akan datang, kapten, Farrell berkata kepada BBC One: "Kami baru sahaja bermula. Terdapat empat kap hari ini, sebilangan daripada mereka meraih kap ke-100 sementara Ben Youngs dan Jamie George meraih kap yang ke-50.

"Rasanya seperti kami mempunyai gabungan pemain muda dan pengalaman yang cemerlang untuk mendorong kami maju dan terlibat dalam latihan dalam beberapa minggu terakhir telah menunjukkannya kepada dan apa yang dinantikan pada masa akan datang."



Farrell memberikan penghargaan kepada ketua jurulatih, Jones, selepas memimpin England menjuarai saingan Enam Negara buat kali ketiga.

"Dia memimpin pasukan dengan cemerlang, perkara terbaik boleh saya katakan adalah kami sentiasa gembira bersama pasukan dan setiap pemain sedia memberikan yang terbaik dan
berharap untuk menterjamahkannya di padang."