Cabaran baru buat skuad menembak negara

Oleh Penulis Jemputan 27 Disember 2017 72
Cabaran baru buat skuad menembak negara
Ketua jurulatih skuad menembak negara, Park Sang-soon, menyifatkan latihan bersama skuad Universiti Korea Selatan dari 21 hingga 28 Disember ini berupaya meningkatkan
kekuatan mental barisan penembak negara menjelang Sukan Komanwel tahun depan.


Seramai 18 atlet menembak negara terbabit dengan latihan bersama skuad menembak Universiti Korea Selatan itu.

Skuad Universiti Korea Selatan kini turut dalam persiapan menghadapi Sukan Universiade Dunia yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada 2018.

Bagi Sang-soon, latihan bersama ini membolehkan penembak negara berlatih dalam suasana kompetitif yang secara tidak langsung menjadi persediaan terbaik sebelum beraksi dalam kejohanan antarabangsa, khasnya Sukan Komanwel Gold Coast 2018.

"Buat masa ini, latihan berjalan dengan baik. Menjalani latihan bersama skuad Universiti Korea Selatan ini akan memberikan pengalaman baru kepada mereka," katanya.

Sementara itu, atlet menembak negara, Johnathan Wong, turut menyambut baik latihan bersama skuad Universiti Korea Selatan ini.

Baginya, walaupun atlet menembak tidak dihantar berlatih atau beraksi dalam kejohanan di luar negara, latihan bersama seperti ini tetap mampu meningkatkan pencapaian mereka.

"Banyak yang boleh dipelajari bersama mereka dan mampu mendapatkan semangat bagi menghadapi kejohanan peringkat antarabangsa tahun depan," katanya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen