Rory McIlroy lebih suka jika Piala Ryder ditangguhkan sehingga 2021 berbanding beraksi tanpa penyokong ekoran wabak coronavirus.

Whistling Straits sedia untuk menganjurkan saingan pada September depan, beberapa hari selepas Terbuka Amerika Syarikat dijadualkan semula.

Saingan Jelajah PGA dirancang untuk disambung tanpa kehadiran penyokong pada Jun depan tatkala Covid-19 terus memberi kesan kepada acara sukan di seluruh dunia.

Bintang Ireland Utara, McIlroy, berkata dia lebih rela melihat Piala Ryder ditangguhkan sehingga tahun depan berbanding beraksi tanpa penyokong.

"Saya melalui kesan kewangan seperti yang dihadapi orang lain tetapi bukanlah Piala Ryder jika tiada penyokong," katanya.

"Bagi saya, lebih baik tangguhkan sehingga 2021 berbanding beraksi di Whistling Straits tanpa peminat.

"Ia dari Eropah ke Amerika Syarikat dan sedar akan cabaran dihadapi. Jelas sekali, lebih bagus untuk wakil Eropah beraksi tanpa penyokong kerana kami tidak akan berdepan dengan sesuatu yang tidak digemari tetapi dalam masa sama, ia juga bukan Piala Ryder. Tiada suasana yang diinginkan.

"Jika terpaksa memilih di antara Piala Ryder tidak diadakan atau beraksi tanpa penyokong, saya memilih penangguhan selama setahun."