Bolt tunggu pengesahan keputusan Covid-19, kuarantin sebagai langkah berjaga-jaga

Oleh Ammar Hakim 25 Ogos 2020 145
Bolt tunggu pengesahan keputusan Covid-19, kuarantin sebagai langkah berjaga-jaga
Usain Bolt telah bercanggah dengan laporan media yang mendakwa dia telah didapati positif coronavirus, tetapi mengesahkan dia mengasingkan diri sebagai langkah berjaga-jaga.

Bekas pelari pecut terpantas dunia, Bolt, telah diberikan kejutan sambutan hari jadi yang ke-34 minggu lalu, dengan video dan gambar acara itu di media sosial menunjukkan mereka mengamalkan penjarakan sosial serta memakai pelitup muka.

Bolt, pemenang lapan pingat Sukan Olimpi, dikritik atas sambutan hari jadi tersebut hingga didakwa positif Covid-19.

Ini adalah berita daripada Bolt, yang menyiarkan video ke saluran media sosial rasminya semalam untuk mengesahkan bahawa dia telah menjalani ujian Sabtu lalu tetapi belum menerima keputusannya.
   
Bagaimanapun, dia sudah mengasingkan diri sebagai langkah selamat.

"Selamat pagi semua -- saya bangun hari ini dan melihat di media sosial dan tertulis bahawa saya telah disahkan positif Covid-19," kata Bolt.

"Saya telah menjalani ujian Sabtu lalu, saya telah cuba untuk bertanggungjawab dan kekal di rumah ketika ini namun masih tiada lagi simptoms.

"Saya akan kekal menjalani kuarantin di rumah bagi menunggu keputusan dan melihat apa yang boleh dilakukan mengikut protokol yang ditetapkan. Saya juga telah menghubungi mereka telah telah bersentuhan dengan saya supaya berada dalam keadaan yang selamat dan meminta mereka untuk kekal di rumah buat masa ini. Selamat berada di luar sana semua."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen