Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) mengesahkan tiada kejohanan antarabangsa mahupun kebangsaan bagi skuad elit serta pelapis sepanjang tahun ini, sebaliknya akan mengadakan kejohanan dalaman dalam masa terdekat.

Dalam sesi jawatankuasa kerja di antara Kongres MTBC dan Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil, hari ini, membincangkan beberapa perkara daripada segi aspek termasuk kejohanan.

"Kebanyakan negara mengenakan peraturan kuarantin selama 14 hari (untuk menyertai kejohanan), jadi tiada kejohanan terbuka akan diadakan,.

"Tetapi kami akan menganjurkan kejohanan dalaman yang akan disertai 14 negeri walaupun Kejohanan Kebangsaan tidak diadakan.

"Ini akan memberi ruang kepada atlet-atlet untuk mengekalkan ketekalan dalam suasana kompetitif.

"Bagaimanapun, latihan akan tetap diteruskan apabila melibatkan aktiviti asas selama dua jam sehari sementara tiga kali seminggu di gimnasium, " kata Presiden MTBC, Datuk Dr P.S Nathan.