Bertinju sampai umur 40 tahun 

Oleh Shaiful Shamsudin 3 Mei 2020 125
 Bertinju sampai umur 40 tahun 
Tyson Fury menarik semula hasratnya untuk bersara awalnya dan juara kelas heavyweight dunia itu kini merancang untuk berjuang sehingga usia 40 tahun.

Berumur 31 tahun ketika ini, dia masih terikat dengan dua pertarungan yang termaktub dalam kontraknya walaupun sempat meluahkan keinginannya untuk menjauhkan diri daripada tinju demi meluangkan lebih banyak masa bersama keluarganya.




Setelah menundukkan Deontay Wilder untuk memenangi gelaran Majlis Tinju Dunia (WBC) Februari lalu, tahun ini Fury akan menentang peninju Amerika itu buat kali ketiga sebelum wabak koronavirus baru (Covid-19) menangguhkan pertarungan mereka.

Dalam masa sama, ura-ura dia akan berentap dengan rakan senegara dari Britain, Anthony Joshua, menjadi daya tarikan, sehubungan itu Fury menganggap dia tidak akan menggantung sarung tinjunya dalam masa dekat.

"Saya akan berjuang sehingga saya berusia 40 tahun," katanya kepada ESPN.

"Saya sudah memikirkannya dan tidak banyak yang harus dilakukan. Jadi ya, saya juga boleh terus berjuang.

"Saya tidak melihat sesiapa pun di luar sana yang mampu mencabar saya. Saya meraih keputusan terbaik, lawan paling sukar di luar sana adalah Deontay Wilder dan kita semua sudah menyaksikan apa yang terjadi pada kali terakhir."

Fury telah bertarung sebanyak 31 kali sebagai profesional dengan memenangi 30 daripada pertarungan itu dan seri sekali, iaitu kali pertama berentap dengan Wilder.
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen