Berbasikal: Velodrom Johor sudah 80 peratus siap

Oleh Staff Writer 29 Disember 2019 1040
Berbasikal: Velodrom Johor sudah 80 peratus siap
Berbaki tujuh bulan menjelang Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2020, Velodrom Johor sudah siap 80 peratus.

Dengan klasifikasi kelas dua, venue itu dapat menganjurkan kejohanan tahap empat bintang, termasuk Kejohanan Berbasikal Asia (ACC).

"Tahap pembinaan velodrom ini sudah mencapai 80 peratus," kata Ketua Pegawai Eksekutif Sports Johor, On Jabbar.

"Kerja-kerja pembinaan velotrack sudah hampir disiapkan.

"Kami menjangkakan ia akan siap sepenuhnya pada Mac depan," katanya.

Penyelia projek, Lizan Ezra Raihan, menambah: "Walaupun ia baru dibina, kami akan memastikan ia diserahkan pada April depan."

Velotrack yang menggunakan dua jenis kayu itu dibina dengan kepakaran dari Jerman.

Apabila siap sepenuhnya April depan, venue itu akan mampu menempatkan sehingga 728 penonton dan dijangka akan melahirkan lebih ramai jaguh berbasikal trek negara seperti Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom.


Editor: Muzaffar Musa
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen