Berbasikal Trek Dunia: Azizulhasni raih gangsa di Jerman 

Oleh Staff Writer 28 Februari 2020 1602
Berbasikal Trek Dunia: Azizulhasni raih gangsa di Jerman 
Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, sekali lagi mengharumkan nama negara apabila membawa pulang pingat gangsa dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Berlin, Jerman.

Azizulhasni dilihat bersungguh-sungguh untuk memenangi perlumbaan akhir keirin yang berlangsung jam 4 pagi waktu Malaysia tadi itu setelah mendahului sejak mula namun terperangkap ketika menuju ke pusingan terakhir.




Pelumba kelahiran Terengganu itu, bagaimanapun, berupaya menamatkan saingan di kedudukan ketiga tatkala Harrie Lavreysen dari Belanda mengekalkan rentak kayuhannya hingga garis penamat sambil pelumba Jepun, Yuta Wakimoto, membawa pulang perak.

Seorang lagi pelumba Belanda, Matthijs Buchli, yang memenangi perlumbaan tahun lalu sekadar menamatkan saingan di luar kelompok 10 terbaik.

Begitu juga dengan juara tiga kali Sukan Olimpik, Jason Kenny, dari Britain yang turut gagal menempatkan diri ke final.

Terdahulu, The Pocket Rocketman menetapkan peluang untuk merangkul pingat setelah mara ke perlumbaan akhir keirin dengan memenangi slot separuh akhir.

Ini merupakan pingat keenamnya dalam Kejohanan Dunia sejak melakar kejayaan bersejarah dalam edisi 2017 di Hong Hong.

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen