Berbasikal Jelajah Semenanjung: Garcia Fernandez rampas jersi

Oleh Penulis Jemputan 18 Oktober 2019 407
Berbasikal Jelajah Semenanjung: Garcia Fernandez rampas jersi
Perlumbaan peringkat keempat Kejohanan Berbasikal Jelajah Semenanjung (ToP) 2019 hari ini menyaksikan beberapa jersi bertukar tangan. 

Laluan melibatkan kayuhan sejauh 89.5km dari Sungai Koyan ke Cameron Highlands berkenaan menyaksikan pelumba-pelumba bakal menempuhi dua zon pecutan dan dua zon pendakian. 

Fernandez Marcos Garcia daripada pasukan Kinan Cycling Team (KIN) mengungguli saingan dengan catatan 2:21.12s, disusuli rakan sepasukan,Thomas Lebas, dan pelumba Taiyuan Miogee Cycling Team (TMC), Edgar Nohales.

Kejayaan itu menyaksikan Marcos Garcia dari Sepanyol turut merampas jersi merah (pendakian), termasuk jersi kuning (keseluruhan).

Igor Chzan pula meraih jersi putih untuk gelaran pelumba terbaik Asia sementara jersi biru (pecut) kekal milik pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Nur Amirul Fakhruddin Mazuki. 

Ikuti perkembangan lanjut dalam Nadi Arena seterusnya 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen