Berbasikal: Fatehah hantar surat persaraan kepada MSN

Oleh Muzaffar Musa 3 April 2020 9577
Berbasikal: Fatehah hantar surat persaraan kepada MSN
Ratu sukan berbasikal trek negara, Fatehah Mustapa, dilaporkan menghantar surat persaraan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini walaupun masih tersenarai dalam Program Podium Menjelang Sukan Asia dan Sukan Komanwel 2022.

Dalam satu perbualan Whatsapp bersama wartawan Bazly Azmi, Fatehah berkata: " Maaf Bazly, jika saya sudah bersedia untuk ditemu bual, saya akan beritahu.

"Buat masa ini, saya mahu menyelesaikan beberapa perkara.

"Saya secara rasmi sudah menghantar surat persaraan kepada MSN.

"Sila beri saya masa," katanya.

Dalam pada itu, menerusi satu perbualan video, Pengarah Bahagian Persediaan Atlet MSN, Jefri Ngadirin, berkata: "Beliau (Fatehah) telah menghantar surat berkenaan hasratnya untuk bersara dan kami telah menerimanya.

"Sebenarnya, kami sudah mengadakan beberapa perbincangan dengannya tentang hala tuju dan masa depannya dalam sukan berbasikal dan akhirnya, beliau telah membuat keputusan untuk bersara.

"Ada beberapa perkara yang dimaklumkan, antaranya beliau berasakan sudah sampai masanya untuk beliau bersara memandangkan beliau telah berkecimpung dalam sukan ini sejak sekian lama.

"Beliau berada di Melbourne (Australia) selama 11 tahun, jadi sudah sampai masa untuk beliau mencuba bidang baru iaitu kejurulatihan," katanya.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen