Aznil optimis peluang di Uzbekistan

Oleh Staff Writer 15 Januari 2020 46
Aznil optimis peluang di Uzbekistan
Menamatkan badi Sukan SEA dengan meraih pingat pertamanya dalam edisi 2019 menjadi penyuntik semangat atlet angkat berat negara, Aznil Bidin, untuk memburu tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Sebelum ini, dia berjaya menamatkan penantian selama enam tahun apabila meraih gangsa dalam Sukan SEA 2019 bagi kategori 61 kilogram.

Kejayaan itu menjadi penyuntik semangat buatnya untuk memperbaiki teknik angkatannya dengan misi memburu tiket ke temasya Olimpik.

"Daripada segi teknik sudah banyak berubah, jurulatih ada ajar. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar," katanya.

Aznil bakal membuka kempen kelayakan Olimpik dalam Kejohanan Solidariti Antarabangsa Keenam di Uzbekistan yang akan berlangsung 8 hingga 12 Februari depan.

Dia kini menghuni ranking ke-39 dunia dalam memburu tiket ke Olimpik dan harus berada dalam kedudukan 14 terbaik bagi menjamin tempat ke temasya tersebut.

"Perancangan saya dan persatuan adalah untuk kejohanan di Uzbekistan nanti untuk kutip mata Olimpik. Persatuan atur dan saya akan pergi bagi mengutip mata."



Editor: Nafis Abdullah

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen