Azman Mahen buru kejuaraan hatrik

Oleh Penulis Jemputan 21 Oktober 2017 136
Azman Mahen buru kejuaraan hatrik
Mr Universe, Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah, memburu kejuaraan hatrik apabila menyertai Kejohanan Bina Badan Terbuka China esok dan ia bakal menentukan sama ada dia mampu menyapu bersih semua kejohanan yang disertai tahun ini.

Azman Mahen belum pernah menjuarai semua kejohanan dalam tempoh semusim.

Begitupun, tahun ini adalah peluang terbaiknya selepas berjaya mempertahankan gelaran Mr Universe kategori tubuh klasik, minggu lalu.

Apatah lagi, dia akan hadir dengan reputasi sebagai juara Asia, sekali gus diletakkan sebagai pilihan utama untuk saingan di Hangzhou.

“Ini merupakan kejohanan yang sangat penting bagi saya. Berbekalkan status juara dunia, saya berharap dapat menghasilkan kejayaan untuk Malaysia,” katanya.

Azman turun selaku wakil tunggal Malaysia selepas skuad negara mengambil keputusan berehat sebaik tamat Mr Universe di Mongolia, minggu lalu.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen