Azizulhasni terjatuh di Poland

Oleh Penulis Jemputan 5 November 2017 11208
Azizulhasni terjatuh di Poland
Jaguh trek negara, Azizulhasni Awang, gagal menamatkan perlumbaan acara keirin dalam siri pertama Piala Dunia di Poland selepas terlibat dalam pelanggaran dengan pelumba Jepun, Kazunari Watanabe.

Azizulhasni terjatuh pada selekoh terakhir ketika menuju ke garisan penamat ketika beraksi dalam pusingan penyisihan (repechage) di Velodrom BGZ Arena, Pruszkow.

The Pocket Rocketman itu perlu meraih kemenangan dalam pusingan itu untuk menempatkan diri dalam saingan separuh akhir.

Azizulhasni menerusi laman Instagram miliknya menulis dia, bagaimanapun, tidak mengalami kecederaan serius dan bakal beraksi dalam acara pecut individu awal pagi nanti.

“Malangnya perkara ini berlaku tidak menurut seperti yang dirancang kerana saya terlibat dalam pelanggaran semasa repechage dengan pelumba Jepun, Kazunari Watanabe.

“Saya hanya alami sedikit calar-calar dan terseliuh buku lali. Diharap esok saya boleh menunggang semula bagi acara pecut individu. Terima kasih kepada setiap orang atas sokongan dan doa,” katanya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen