Skuad tenis gagal menambah butiran pingat emas buat kontinjen negara sebaik tewas 0-2 dalam acara berpasukan lelaki Sukan Universiti Asean (AUG) 2018 di Nay Pyi Taw, Myanmar, hari ini.

Skuad negara menurunkan Azrul Ekhsan Azman bagi menentang perseorangan utama Thailand, Chayanon Kaewsuto, dalam perlawanan pertama.

Malangnya Azrul tewas dengan keputusan straight-set 6-0, 6-2.

Perseorangan kedua, Sheikh Ameer Abdullah Sheikh Ahmad Alias, turut gagal memberikan saingan kepada Thanapet Chanta sebelum tewas 6-2, 6-3 kepada perseorangan Thailand itu.

Keputusan itu menyaksikan skuad negara terpaksa akur sekadar meraih pingat perak sebaik tewas 0-2 kepada Thailand.